Wednesday, June 23, 2010


Sebahagian daripada cita-cita Ana ialah ingin menjadi seorang muslimah... Ana tertanya-tanya jalan yang manakah yang harus Ana pilih?? Nampak mudah apabila kita katakan bahawa hendak menjadi wanita solehah hanya perlu mengikut beberapa syarat sahaja... tetapi melaksanakannya memerlukan jiwa yang kuat menolak godaan... Ana teringan kata-kata Ustaz... melawan nafsu merupakan jihad bagi seorang muslim...

Tatkala itu, Ana sedar satu perkataan... AZAM... Ana teringat seorang sahabat yang Ana kagumi... beliau memiliki keazaman yang sangat kuat... sukar menggoyahkan apa yang telah dia azamkan... Ana kagum dengan sikapnya... Ana ingin menjadikan sikapnya yang sangat cekal dan kuat mengenggam azam itu sebagai kanta bagi Ana... Ana sedar kelemahan diri ini ialah gagal mengenggam azam sendiri... Ana mudah goyah, mudah tergelincir, mudah tersentak hati apabila ditimpa sesuatu... Ana takut sekiranya kelemahan ini menjadi punca kegagalan kepada Ana...

YA RABBI, YA RAHIM... TUHANKU YANG MAHA AGUNG... HAMBAMU INI MEMOHON KEPADAMU, YA ALLAH... YA RAHIM, JADIKAN AKU SEORANG YANG KUAT DAN CEKAL HATINYA UNTUK SENTIASA BERADA DI JALAN KEREDHAANMU, YA ALLAH...
AMINN.....

No comments:

Post a Comment