
Bismillahirahmanirahimm... Ana mulakan kalam ni dengan bismillah kerana takut sekiranya kata-kata ini terdapat pandangan yang menyimpang dari Islam...
Bola Sepak Piala Dunia hampir berakhir.. Perlawanan akhir pada malam ni, German vs ana tak pasti... sepanjang pemerhatian ana, ada sesuatu yang ana fikirkan tantang Piala Dunia kali ini... Dulu ana jugak peminat bola sepak, namun Piala Dunia kali ini tidak mengundang rasa minat ana...
Alasannya:
1. Piala Dunia kali ini bermula sedetik ketika dunia sibuk berbicara tentang kekejaman Zionis. Tatkala kita sibuk mencari kekuatan dunia, mengumpul seribu keadilan di seluruh pelusuk dunia... Media yang mula menggerakkan langkah mengumpul tenaga, melancarkan perang mikro ke atas Israel... Ketika itu la Piala Dunia ini muncul.. Pada pandangan ana, agenda Piala Dunia ini telah menenggelamkan perjuangan kebenaran untuk Palestin disebabkan Piala Dunia.. Media tidak lagi berbicara tentang kekejaman Zionis tetapi terus menerus membuka slogan Piala Dunia... Ana sangat kecewa akan perkara ini. Bahkan masyarakat mula berhenti berbicara untuk menyokong pembebasan Gaza. Bibir-bibir hanya berbicara tentang Pemain bola, score dan nyanyian lagu tema Piala Dunia..

2. Ana terbaca satu artikel mengenai seekor sotong yang dibawa dari sebuah negara, PAUL. Yang pada pandangan masyarakat kini mampu meramalkan pemenang perlawanan bola sepak.. Ana terasa sangat lucu kerana mana mungkin seekor sotong mampu meramal perlawanan. Ana sangat takut jika ada di kalangan umat Islam yang membaca dan mempercayai perkara ini. apa akan jadi jika perkara ini mampu menggoncang akidah seseorang.. NAUZUBILLAH..

3.
Perlawanan akhir Bola Sepak Piala Dunia pula diadakan pada malam Nifsu Rejab.. Pada malam Israk Mikraj... pastinya ramai mata-mata akan menanti saat ni.. Alangkah bagus jika mata-mata ini membuka lembaran hari ini dengan Qiamullail.. Masyallah... namun ana jugak kecewa kerana hari ni tak ramai berbicara dan mengingat ingati antara satu sama lain tentang Peristiwa Israk Mikraj dan jasa Rasulullah yang telah menebalkan muka memohon agar solat dikurang dari 50 rakaat hingga ke 5 rakaat sehari.. Akhir kalam, ana berharap tiada sesiapa alpa dengan dunia yang kian melalaikan kita.. Pesanan buat diri ana jugak.. yang baik itu dari ALLAH dan yang kurang itu adalah kelemahan ana sendiri