Thursday, October 28, 2010

Cerita Seorang Wanita yang Ingin Memulakan Satu Perubahan


Manusia akan mengalah apabila ditimpa pelbagai ujian.. akan mudah menyerah dan mengalirkan air mata. Aku juga begitu kerana aku manusia biasa. Apabila menghitung hari-hari semalam, aku telah melewati tempoh 24 jam. Kesannya banyak perkara yang berlaku antara sedar atau tidak.
Namun, coretan kali ini sedikit berubah. Entah mengapa hati menjadi sayu sahaja semalam. Pertama, mungkin kerana aku terpaksa memilih dan yang kedua mungkin kerana aku dipilih. Alhamdulillah, Allah masih menyayangiku kerana itu aku diberikan ujian ini. Perkara pertama iaitu aku perlu memilih. Aku terpaksa berfikir 'berlapis-lapis' dalam erti kata lain, fikir dalam-dalam antara minat dan agama. Seorang rijal telah mendatangi aku dan berkata
"Awak, berhentilah bersajak dan berlakon,"
Aku sedikit tersentuh dan mengalirkan air mata.
"Mengapa? Adakah saya bersalah? "
Balas rijal itu, " Aurat seorang wanita adalah seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan wajah. Tetapi adakah anti lupa bahawa suara wanita juga aurat. Telinga Ana sangat bingit sekali apabila mendengar suara teriakan Anti di atas pentas. Pada mata orang lain, itu mungkin satu persembahan yang sukses, tapi bagi Ana, itu patut diubah"
Aku berteleku panjang. Benar juga kata-katanya. Seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi sahabatnya dari terus terjebak dalam dosa dan maksiat. Dalam detik itu, aku mengalami delemma. Antara minat dan tuntutan agama. Aku menangis di pangkuan sendiri. Apakah yang harus aku pilih?
Dalam tidak sedar, aku telah menangkis perasaan yang kian menghimpit hati. Tangan yang sebentar tadi digunakan menguis mutiara-mutiara yang keluar dari mata, aku gunakan untuk menekan kekunci keyboard laptop.
SURAT PERLETAKKAN JAWATAN DAN MENARIK DIRI DARI KSB

AHHHHHH!!!!!!!!!!!,
Sekejap sahaja kesedihan melanda kerna aku terfikir, mengapa perjuangan untuk agama harus aku fikirkan dua kali. Menarik diri dari terus terlibat dalam dosa kerana agama adalah satu jihad. Aku menghela nafas lega. Kerna kewarasan minda disatukan dengan rasa cinta pada agama telah membebaskan aku dari belenggu dosa. ALLAHUAKBAR!!!!

Aku sedar aku perlu memilih
kerana kehidupan ini adalah sebuah pilihan
bersyukur juga kerana aku dipilih
dalam menghadapi ujian
bermakna aku masih menjadi pilihan
untuk menjadi hamba kesayangan.


Wednesday, October 27, 2010

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran




Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?


Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SW

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.


"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu


"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

(from iluvislam.com)

Friday, July 9, 2010

.:.Bola Sepak Piala Dunia.:.


Bismillahirahmanirahimm... Ana mulakan kalam ni dengan bismillah kerana takut sekiranya kata-kata ini terdapat pandangan yang menyimpang dari Islam...

Bola Sepak Piala Dunia hampir berakhir.. Perlawanan akhir pada malam ni, German vs ana tak pasti... sepanjang pemerhatian ana, ada sesuatu yang ana fikirkan tantang Piala Dunia kali ini... Dulu ana jugak peminat bola sepak, namun Piala Dunia kali ini tidak mengundang rasa minat ana...

Alasannya:
1. Piala Dunia kali ini bermula sedetik ketika dunia sibuk berbicara tentang kekejaman Zionis. Tatkala kita sibuk mencari kekuatan dunia, mengumpul seribu keadilan di seluruh pelusuk dunia... Media yang mula menggerakkan langkah mengumpul tenaga, melancarkan perang mikro ke atas Israel... Ketika itu la Piala Dunia ini muncul.. Pada pandangan ana, agenda Piala Dunia ini telah menenggelamkan perjuangan kebenaran untuk Palestin disebabkan Piala Dunia.. Media tidak lagi berbicara tentang kekejaman Zionis tetapi terus menerus membuka slogan Piala Dunia... Ana sangat kecewa akan perkara ini. Bahkan masyarakat mula berhenti berbicara untuk menyokong pembebasan Gaza. Bibir-bibir hanya berbicara tentang Pemain bola, score dan nyanyian lagu tema Piala Dunia..

2. Ana terbaca satu artikel mengenai seekor sotong yang dibawa dari sebuah negara, PAUL. Yang pada pandangan masyarakat kini mampu meramalkan pemenang perlawanan bola sepak.. Ana terasa sangat lucu kerana mana mungkin seekor sotong mampu meramal perlawanan. Ana sangat takut jika ada di kalangan umat Islam yang membaca dan mempercayai perkara ini. apa akan jadi jika perkara ini mampu menggoncang akidah seseorang.. NAUZUBILLAH..






3. Perlawanan akhir Bola Sepak Piala Dunia pula diadakan pada malam Nifsu Rejab.. Pada malam Israk Mikraj... pastinya ramai mata-mata akan menanti saat ni.. Alangkah bagus jika mata-mata ini membuka lembaran hari ini dengan Qiamullail.. Masyallah... namun ana jugak kecewa kerana hari ni tak ramai berbicara dan mengingat ingati antara satu sama lain tentang Peristiwa Israk Mikraj dan jasa Rasulullah yang telah menebalkan muka memohon agar solat dikurang dari 50 rakaat hingga ke 5 rakaat sehari..

Akhir kalam, ana berharap tiada sesiapa alpa dengan dunia yang kian melalaikan kita.. Pesanan buat diri ana jugak.. yang baik itu dari ALLAH dan yang kurang itu adalah kelemahan ana sendiri

Wednesday, June 23, 2010


Sebahagian daripada cita-cita Ana ialah ingin menjadi seorang muslimah... Ana tertanya-tanya jalan yang manakah yang harus Ana pilih?? Nampak mudah apabila kita katakan bahawa hendak menjadi wanita solehah hanya perlu mengikut beberapa syarat sahaja... tetapi melaksanakannya memerlukan jiwa yang kuat menolak godaan... Ana teringan kata-kata Ustaz... melawan nafsu merupakan jihad bagi seorang muslim...

Tatkala itu, Ana sedar satu perkataan... AZAM... Ana teringat seorang sahabat yang Ana kagumi... beliau memiliki keazaman yang sangat kuat... sukar menggoyahkan apa yang telah dia azamkan... Ana kagum dengan sikapnya... Ana ingin menjadikan sikapnya yang sangat cekal dan kuat mengenggam azam itu sebagai kanta bagi Ana... Ana sedar kelemahan diri ini ialah gagal mengenggam azam sendiri... Ana mudah goyah, mudah tergelincir, mudah tersentak hati apabila ditimpa sesuatu... Ana takut sekiranya kelemahan ini menjadi punca kegagalan kepada Ana...

YA RABBI, YA RAHIM... TUHANKU YANG MAHA AGUNG... HAMBAMU INI MEMOHON KEPADAMU, YA ALLAH... YA RAHIM, JADIKAN AKU SEORANG YANG KUAT DAN CEKAL HATINYA UNTUK SENTIASA BERADA DI JALAN KEREDHAANMU, YA ALLAH...
AMINN.....